Demi cabaran di atas padang bola... itu faktor mengapa bekas jurulatih Sime Darby dan Kuala Lumpur, Ismail Zakaria, sanggup meletak jawatan selaku Ketua Unit Jabatan Kejurulatihan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memikul tanggungjawab bersama Marcerra Kuantan FA.
Selain itu, Ismail turut bertindak selaku jurulatih skuad bola sepak pantai negara.
Bagaimanapun, dia sanggup mengetepikan soal kerja yang lebih terjamin di FAM apabila diberi peluang menerajui pasukan Kuantan FA yang berwajah baru, iaitu Marcerra.
"Jiwa saya adalah bola sepak padang. Sebenarnya kalau berada di pejabat, situasinya umpama berada dalam lif yang dikepungi empat dinding, tidak sama dengan perasaan berada di padang yang terasa luas.
"Lagipun, keseronokan mengendalikan pasukan bola sepak padang (menjadi faktor saya ke sini).
"Cabaran membuat saya seronok, hidup dan menjadikan saya seorang yang bekerja keras.
"Apatah lagi dengan status pasukan dan dengan pemain baru, saya sukakan cabaran ini," katanya.
Jelas Ismail, dia lebih tertarik dengan cabaran meskipun sedar tanggungjawab jurulatih sesuatu pasukan itu cukup berisiko.
Bersama Marcerra Kuantan FA, Ismail yang diletakkan sasaran lima terbaik Liga Perdana, berpuas hati dengan acuan pemain dalam pasukan itu.
Andrezinho dan bekas pertahanan Melaka United, Alexandru Tudose, adalah antara tonggak import selain Zarko Korac serta Murelo De Almeida.
"Prestasi yang ditunjukkan mereka sepanjang perlawanan persahabatan dengan Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu adalah bagus.
"Sepanjang sebulan berkesempatan mengendalikan mereka, saya nampak mereka berbakat besar dan perlu digilap," ujarnya lagi.