Pemain tengah, Dzulfahmi Abdul Hadi, masih berteka-teki mengenai masa depannya menjelang sepak mula saingan Liga Malaysia Mei depan.
Dzulfahmi yang beraksi bersama PDRM FC tahun lalu mengakui ada menerima dua tawaran daripada kelab Liga Super,, namun masih belum memuktamadkan sebarang keputusan.
Tonggak berusia 29 tahun itu tidak menolak kemungkinan untuk terus kekal bersama Sang Saka Biru seandainya khidmatnya masih diperlukan.
"Setakat ini tidak tahu lagi hala tuju.
"Saya juga menerima tawaran termasuk dari luar Lembah Klang tapi belum diputuskan lagi.
"Ramai yang tidak menjangkakan PDRM mampu meraih tempat kelapan Liga Super selain Piala Cabaran merupakan antara pencapaian terbaik dalam karier saya.
"Saya mahu membawa kelompok kelima Liga Super walaupun belum pasti pasukan yang akan diwakili pada tahun ini, harap lebih baik dari tahun lepas," katanya.
Hingga kini, belum ada perbincangan rasmi bersama pihak pengurusan selepas kontraknya berakhir bulan lalu selepas Dzulfahmi beraksi sebanyak 22 perlawanan dalam semua kejohanan domestik musim 2023.