Skip to main content

Bola Sepak

Kedah, Terengganu gagal peroleh lesen AFC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afc.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT), Selangor, Sabah dan Penang merupakan empat pasukan Liga Super Malaysia yang melepasi Perlesenan Kelab Konfederrasi Bolasepak Asia (AFC) bagi kitaran 2024/25.

First Instance Body (FIB) menerusi Mesyuarat Ke-10 memaklumkan bahawa dua kelab tidak berjaya mendapatkan lesen tersebut iaitu Kedah dan Terengganu.

Untuk makluman semua, tarikh akhir bagi melengkapkan permohonan Pelesenan AFC adalah pada 31 Mac lalu.

 

FIB menerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berharap akan ada penambahan pasukan untuk memohon lesen tersebut untuk terus mengekalkan taraf kompetitif liga pada masa akan datang.

Seterusnya, tumpuan bakal terarah kepada keputusan permohonan lesen kebangsaan bagi musim baru. 

Advertisement

Must Watch Video