Skip to main content

Bola Sepak

Kedah, Selangor akui penyudah tumpul

kedah-lawan-selangor-2019.jpg
Kedah gagal memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dalam aksi terakhir pusingan pertama Liga Super bertemu Selangor, malam tadi. 

Kedah cuba mencari jaringan awal di Stadium Darulaman, namun pertahanan Selangor beraksi dengan sempurna.

Mahu tidak mahu, skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak itu terpaksa menerima hakikat bahawa mereka terlebih dahulu ditinggalkan The Red Giants.

Susun atur gerakan menarik barisan kendalian B. Sathianathan itu mengelirukan pertahanan Kedah dengan Sandro da Silva berada di kedudukan tepat untuk melunaskan hantaran Azreen Zulkafali pada minit ke-18.

Lang Merah sudah pasti mahu mempertahankan rekod bersih mereka di laman sendiri dan hasrat itu disempurnakan kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar, yang menerima hantaran Azmeer Yusof pada minit ke-40.

The Red Giants banyak mengasak ke kubu Kedah dan beberapa percubaan menarik hampir memberi tambahan jaringan dalam baki separuh masa tetapi penyudah tumpul menyekat hajat mereka. 

"Saya kecewa Selangor tidak dapat tiga mata. 

"Kalau kedua-dua pasukan saling mengambil peluang yang ada, perlawanan mungkin berakhir 8-3. 

"Kami memiliki banyak peluang, terutama dalam separuh masa pertama," kata Sathianathan. 

Menurut Aidil Sharin pula: "Sebelum rehat, kami berhasil menyumbat gol dan kami mengawal permainan dengan baik. 

"Cuma saya berasakan sekiranya kami menyudahkan dua peluang terhidang yang ada, ceritanya pasti berbeza. 

"Apapun, pemain telah cuba sedaya-upaya."
 

Advertisement

Must Watch Video