Skip to main content

Bola Sepak

Kedah sasar bekas pemain Portugal sebagai pengarah teknikal, bakal ditaja pihak tertentu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

joaotomas.jpg
Kedatangan rakan sepasukan Cristiano Ronaldo, Ricardo Quaresma, sebagai jemputan eksklusif ke perlawanan persahabatan yang diadakan di antara pilihan All Star Kedah menentang pilihan All Star Malaysia bakal disertai individu terkemuka bola sepak Portugal.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Kedah merencana pergerakan untuk melantik bekas pemain Benfica, Joao Tomas, selaku pengarah teknikal yang membawa pengalaman antarabangsa yang luas serta pemikiran bola sepak yang tajam.

Di sebalik usaha keras itu, Sang Kenari menetapkan syarat bahawa segala kos perbelanjaan akan ditaja oleh pihak tertentu termasuk gaji dan sudah mendapat maklum balas positif daripada entiti terbabit, sebelum memuktamadkan perpindahan tersebut.




Kedah yang dipimpin pemilik majoriti, Tan Sri Mohd Daud Bakar, melaungkan harapan tinggi untuk meletakkan kembali skuad utara tanah air itu di landasan sebenar, sekali gus memberi impak kepada persembahan, pencapaian dan pembangunan pada masa akan datang. 

Keberadaan nama-nama besar dari peringkat antarabangsa sudah pasti akan menjadi tarikan media dan lebih penting lagi, memberi keyakinan kepada banyak pihak tentang semangat dan komitmen Kedah dalam mengharungi musim baru ini.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video