Skip to main content

Bola Sepak

Kedah mara ke separuh akhir

kedah-pkns-(1).jpg
KEDAH 1 PKNS FC 1
(Kedah ke separuh akhir dengan agregat 4-2)

Kedah mara ke separuh akhir Piala FA meskipun terikat 1-1 dengan PKNS FC dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sebentar tadi.


Jelas kemenangan 3-1 di Stadium Shah Alam dalam perlawanan pertama minggu lalu memberikan kelebihan buat Kedah apabila bergelut untuk menundukkan PKNS FC di laman sendiri.

The Red Ants bermula garang menerusi beberapa asakan awal ke kubu lawan, antaranya menerusi sepakan percuma Gabriel Guerra yang terkena palang gol pada minit ke-10 

Bagaimanapun, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak, Kedah, terlebih dahulu di depan apabila Jonatan Bauman mudah menewaskan Zarif Irfan Hashimuddin menerusi penyudah bola leretnya pada minit ke-16.

PKNS FC cuba bangkit memberikan tekanan dan gerakan solo yang dijana Guerra dari sebelah kiri membuahkan hasil apabila percubannya ditampan ke gawang sendiri oleh Azmeer Yusoff pada minit ke-32.

Peluang terbaik PKNS FC untuk menambah jaringan hadir pada minit ke-40 apabila Kpah Sherman dijatuhkan di dalam kawasan penalti, namun ia tidak diendahkan pengadil.

Perlawanan kekal seimbang dalam babak kedua tetapi tiada sebarang jaringan terhasil untuk Kedah mengekalkan kelebihan, sekali gus mara ke separuh akhir. 

Advertisement

Must Watch Video