Ketua jurulatih baru Kedah, Nafuzi Zain, dalam rangka mengisi kuota enam slot pemain import sebaik nama Manuel Ott dan Amirbek Juraboev diumum secara rasmi.
Justeru, Nafuzi tidak menolak hakikat bahawa kelibat Ott dan Juraboev umpama pertaruhan utamanya dalam menggerak bahagian serangan Lang Merah musim depan.
Di sebalik khabar angin di utara mengaitkan kehadiran pemain kelahiran Vietnam, Tajikistan selain kemunculan semula Ronald Ngah, Nafuzi memilih untuk berteka teki apabila menegaskan mereka kini masih dalam perbincangan.
"Memang 2-3 pemain baru lagi yang akan datang dan kami bakal beritahu secara rasmi.
"Saya harap gandingan Manuel Ott -- yang saya sendiri kenali keupayaannya -- dan Amirbek dapat membantu taktikal kami.
"Mereka adalah pemain penting untuk Kedah.
"Kalau di TFC (Terengganu), mungkin saya sudah selesa tetapi di sini, banyak yang saya perlu pelajari daripada segi (ciri-ciri) pemain.
"Jadi saya perlu bekerja keras dan belajar benda-benda yang baru," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.