Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, menganggap Terengganu FC (TFC) sebagai duri dalam daging dengan membawa reputasi selaku naib juara edisi lalu tatkala kekuatan semasa skuad Pantai Timur itu mampu memberi bahaya buat Lang Merah.
Ketika Kedah dianggap sebagai pilihan dalam Kumpulan A, Piala Malaysia,Aidil pula memilih untuk lebih berwaspada daripada menganggap pasukannya memiliki peluang mudah.
Dia merujuk kepada kelebihan semasa Terengganu yang mencipta kebangkitan dalam beberapa aksi terakhir saingan Liga Super baru-baru ini.
Membawa kredibiliti sebagai finalis edisi lalu, Terengganu memiliki motivasi tambahan menjelang aksi Piala Malaysia yang akan bermula bulan depan.
"Boleh dilihat dalam kedudukan Liga Super musim ini bahawa tempat kedua sehingga ketujuh mempunyai mata yang dekat. Saya juga tidak memandang rendah keupayaan pasukan Liga Perdana kerana Sabah juga semakin bagus," katanya.
"Semestinya ia bakal memberikan cabaran lebih berbeza kali ini dan kami akan cuba beri yang terbaik."
Dalam masa yang sama, PKNS FC juga perlu diberikan perhatian.
Selepas gagal mempamer aksi terpuji dalam saingan liga, skuad kendalian Datuk K. Rajagobal itu umpama harimau yang sedang terluka.
"Jangan takut walaupun kami berada dalam kumpulan yang sukar. Saya fikir kalau pemain turun dengan perancangan yang dilakukan, kami boleh ke peringkat seterusnya," ujar bekas pengendali kebangsaan itu.
Satu lagi pencabar Kumpulan A, Negeri Sembilan, yang kali terakhir menjulang Piala Malaysia pada 2011 juga dilihat mampu memberi saingan getir buat Kedah, Terengganu dan PKNS.