Skip to main content

Bola Sepak

Kedah Darul Aman label rekod kebal bukan cerminan aksi sempurna

nafuzi-zain.jpg
Jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain, masih menuntut kesempurnaan daripada pemainnya walaupun Sang Kenari garang menewaskan Kelantan Darul Naim 3-0 dalam pertemuan Liga Super, malam tadi. 

Barisannya meneruskan momentum menerusi rekod tanpa kalah dan tanpa bolos, lantas Nafuzi menegaskan keputusan perlawanan bukan gambaran sebenar kekuatan sesebuah pasukan.

"Keputusan nampak bagus tapi masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. 

"Terutama daripada segi pertahanan walaupun tidak bolos termasuk pergerakan menyerang.




"Daripada segi keputusan OK tetapi kami perlu membentuk sebuah pasukan ampuh. 

"Walaupun tanpa bolos, pihak lawan masih mempunyai peluang untuk menjaringkan gol. 

"Jadi perkara seperti ini yang perlu diperbaiki," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan. 

Pembantu jurulatih Kijang Emas, Rezal Zambery Yahya, mengakui percaturan awal mereka di Alor Setar tidak berhasil sebaik mereka ketinggalan dengan jaringan Rizal Ghazali pada minit ke-10. 

"Kesilapan individu menyebabkan kami dibolosi gol yang tidak dapat diterima.  

"Kami terpaksa tukar perancangan dalam separuh masa kedua. 

"Pertukaran formasi daripada 3-5-2 kepada 4-4-3 untuk mencari jaringan gagal," katanya pula.




 

Advertisement

Must Watch Video