Pengendali PKNS FC, Datuk K. Rajagobal, menganggap pasukannya mampu melepasi peringkat kumpulan Piala Malaysia walaupun bermula dengan langkah kiri.
Mengakui kecewa dengan kekalahan 1-3 kepada Terengganu FC (TFC), malam tadi, Rajagobal bagaimanapun berkata peluang masih terbuka buat PKNS FC ke suku akhir.
Bekas jurulatih kebangsaan itu kini menuntut tiga mata daripada aksi berikutnya bertemu Negeri Sembilan di Paroi sebelum memanfaatkan kelebihan tiga perlawanan di tempat sendiri.
"Semua kata pasukan pilihan adalah Kedah dan TFC tapi saya fikir kalau kami bermain dengan kesungguhan dan keinginan, PKNS FC ada peluang ke suku akhir.
"Saya kecewa, namun ini baru perlawanan pertama. Kedah, TFC dan Negeri Sembilan masih perlu bertandang ke Shah Alam selepas ini," katanya.
Dalam aksi di Kuala Terengganu itu, pintu gol skuad Semut Merah dibolosi seawal minit keenam menerusi jaringan Sanjar Shaakhmedov.
Gol penyamaan Jafri Firdaus Chew selepas setengah jam usia perlawanan gagal digunakan PKNS FC, sebaliknya tuan rumah lebih tajam di depan pintu gol.
Nasrullah Haniff Johan (m-37) dan gol kedua peribadi Shaakhmedov dalam masa kecederaan memastikan kemenangan 3-1 naib juara musim lalu itu.
"Kami bertandang ke sini dengan keyakinan, malangnya tidak bermula seperti yang diharapkan.
"Pemain-pemain terlalu memberi ruang kepada lawan, terutama di bahagian tepi dan kami bolos terlalu cepat," kata Rajagobal.