Pengendali Itali, Roberto Mancini, menggesa Mario Balotelli untuk meningkatkan tahap kecergasan sambil berharap agar semua anak buahnya mengurangkan kesilapan selepas dipaksa seri 1-1 ketika berdepan Poland dalam saingan Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi.
Pemain Napoli, Piotr Zielinski, memberikan pelawat pendahuluan lima minit sebelum rehat manakala Jorginho menyelamatkan maruah Azzurri pada minit ke-78 menerusi sepakan penalti susulan kesilapan Jakub Blaszczykowski menjatuhkan Federico Chiesa.
Mancini memanggil semula Balotelli ketika aksi berdepan Arab Saudi, Perancis dan Belanda sebelum ini, yang menyaksikan penyerang Nice itu menghasilkan jaringan.
Bagaimanapun, selepas perpindahannya ke Marseille gagal pada musim panas lalu, pemain berusia 28 tahun itu tampak kekurangan latihan dan ia terbukti sepanjang tempoh 68 minit aksi di Bologna.
"Balotelli perlu bermain. Dia merupakan pemain berpengalaman di peringkat antarabangsa," kata Mancini.
"Namun, tahap kecergasannya menjadi isu ketika ini. Dia memerlukan keadaan yang terbaik."
Dalam masa sama, kesilapan daripada Jorginho membolehkan Poland melakukan gerakan sehingga mencetuskan gol pembukaan pelawat itu, menyebabkan Mancini turut melihat situasi itu sebagai sesuatu yang serius.
"Ia adalah aksi penting yang pertama. Beberapa kesilapan boleh berlaku tetapi secara keseluruhan, pemain-pemain beraksi dengan baik.
"Kami melakukan beberapa kesilapan mudah apabila bergerak dari bawah sehingga membolehkan Poland melakukan serangan balas dan itu yang ditunggu oleh lawan," tambahnya.