Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kecederaan Reyna rentap kemenangan bergaya Dortmund

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giovanni-reyna.jpg
DORTMUND 6 MONCHENGLADBACH 0 

Pengurus Borussia Dortmund, Marco Rose, gusar sekiranya terpaksa menanggung satu perkhabaran buruk berikutan kecederaan Giovanni Reyna dalam kemenangan ke atas Borussia Monchengladbach.


Pasukan asuhannya itu kekal enam mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich, berikutan kemenangan bergaya 6-0 di Signal Iduna Park, awal pagi tadi. 

Marco Reus menghasilkan persembahan terbaik buat tuan rumah apabila menjadi pemain pertama kelab itu dalam tempoh lebih lima tahun untuk terlibat dengan lima gol yang dihasilkan dalam sebuah perlawanan liga utama (dua gol, tiga bantuan jaringan).

Bagaimanapun, kemenangan itu dibayangi kecederaan Reyna yang terhincut-hincut selepas beraksi selama 27 minit dalam barisan utama sejak Ogos lalu. 

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu meninggalkan padang dengan air mata memandangkan dia baru sahaja kembali daripada kecederaan hamstring yang dialami di peringkat antarabangsa lima bulan lalu.

Walaupun tahap kecederaannya masih belum didedahkan, Rose khuatir dengan keadaan pemain berusia 19 tahun itu.

 

"Saya menganggap kecederaan lamanya berulang," kata pengurus itu.

"Kecergasaan Gio pastinya penting buat kami. Dia baru sahaja pulih daripada kecederaan jangka panjang. Sudah tentu ini sangat pahit untuk diterimanya."

Tuan rumah juga kehilangan Dan-Axel Zagadou akibat masalah paha sebelum rehat, lantas dia dalam keraguan untuk perlawanan play-off pusingan kalah mati, Liga Europa menentang Rangers, Jumaat ini, dan Dortmund berdepan tugas berliku untuk memadam defisit 2-4.

Tambah Rose: "Kecederaannya sudah cukup membayangi kemenangan kami."

Advertisement

Must Watch Video