Mauricio Pochettino mengesahkan Juan Foyth mengalami kecederaan buku lali yang "menyakitkan" ketika Tottenham mengatasi Bayern Munich menerusi penentuan penalti untuk menjuarai Piala Audi, semalam.
Foyth dipaksa meninggalkan padang dalam separuh masa kedua ketika beraksi di Allianz Arena, di mana Spurs meraih kemenangan 6-5 menerusi penentuan penalti ke atas Bayern.
Pemain kebangsaan Argentina itu turun selaku bek kanan, dengan Spurs masih lagi berusaha mencari pengganti Kieran Trippier yang berhijrah menyertai Atletico Madrid.
Pochettino kini sedang menunggu keputusan terkini mengenai tahap kecergasan Foyth menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal bermula kurang daripada dua minggu lagi.
"Saya perlu bercakap dengan pegawai perubatan sekarang," kata Pochettino.
"Dia mengalami kecederaan buku lali tetapi saya tidak dapat memberikan sebarang maklumat mengenainya. Saya menyaksikan dia meninggalkan padang dan Foyth memberitahu buku lalinya sangat sakit.
"Sudah pasti kami akan mendapatkan maklumat dalam beberapa jam lagi atau beberapa hari lagi."
Bayern sudah kehilangan khidmat Serge Gnabry ekoran kecederaan dan Kingsley Coman pula kelihatan mengalami masalah yang sama selepas diturunkan dalam separuh masa kedua.
Pemain kebangsaan Perancis itu tidak bernasib baik sepanjang kariernya ketika Bayern masih lagi berusaha untuk mencari pengganti pemain sayap, Arjen Robben dan Franck Ribery.
Coman dilihat bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan gandingan veteran itu dan Kovac berasakan kecederaan yang dialami tidak begitu serius.
"Ia tidak terlalu teruk," kata Kovac kepada ZDF.
Laporan dari Jerman mendakwa Bayern telah melakukan tawaran rasmi kepada Manchester City untuk mendapatkan pemain sayap Jerman, Leroy Sane.