Skip to main content

Bola Sepak

Kecederaan Danial Amier tidak rencat perancangan Felda -- Nidzam

nidzam-jamil.jpg
Kehilangan tonggak utama, Danial Amier Norhisham, untuk saingan awal Liga Super bukan satu masalah buat jurulatih Felda United, Nidzam Jamil, apabila mempunyai skuad yang cukup lengkap bagi mengharungi musim ini.

Sebelum ini, Nadi Arena melaporkan Felda United bakal kehilangan pemain tengah mereka itu yang akan menjalani pembedahan tulang metatarsal esok.

Pemain kebangsaan itu dihimpit kecederaan berkenaan sejak awal tahun lalu yang menyebabkannya sering terlepas perlawanan musim lalu.

Bagaimanapun, pengendali skuad The Fighters itu tidak ingin merintih mengenai kehilangan pemain tengah berkenaan, sebaliknya sudah menyediakan dua pemain untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya bagi mengharungi aksi awal Liga Super.

"Saya gembira apabila ada Fadhil Idris daripada PKNP dan Faiz Mazlan yang beraksi dalam 12 perlawanan Liga Super musim lalu. 

"Mereka berdua sekitar usia 23 tahun dan sebaya dengan Daniel, jadi kami ada pengganti yang boleh diharapkan," katanya. 

Tambahnya, Felda sudah bersedia untuk memberi cabaran bagi perlawanan pembukaan mereka menentang Petaling Jaya (PJ) City FC pada 1 Mac ini.

"Dengan skuad yang ada, kami mampu mengharungi cabaran yang ada. 

"Kami bukan sahaja akan menentang PJ City, kemudian kami akan ke Sabah, disusuli bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Melaka. 

"Jadi, dalam empat perlawanan awal ini, kami hanya perlu memikirkan pemain yang cergas."



Editor: Shaiful Shamsudin 

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found