Skip to main content

Bola Sepak

Kecederaan Coutinho tidak serius

coutinho-020517-2.jpg


Jurgen Klopp mengesahkan Philippe Coutinho mengalami kekejangan ketika Liverpool meraih kemenangan 1-0 ke atas Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi, sambil berharap kecederaan itu tidak serius.

Perancang Brazil itu ditimpa kecederaan itu ketika bertembung dengan Adrian Mariappa pada awal permainan di Vicarage Road itu sehingga terpaksa digantikan dengan Adam Lallana, yang baru pulih daripada kecederaan selepas berehat selama lima minggu.

Coutinho dilihat memegang pahanya tatkala The Reds meraih tiga mata penting dalam perebutan slot empat tangga teratas hasil sepakan gunting menarik Emre Can.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas perlawanan, bos Liverpool, Klopp, menjelaskan perkembangan situasi Coutinho.

"Dia mengalami kekejangan," katanya.

"Mudah-mudahan ia tidak terlalu serius tetapi sudah tentu ia benar-benar menyakitkan dan tidak ada peluang (untuknya meneruskan permainan).

"Semua orang boleh melihat dia bersungguh-sungguh tetapi tidak mempunyai peluang."




 

Advertisement

Must Watch Video