Neymar akan dinilai oleh Paris Saint-Germain (PSG) untuk mengetahui tempoh diperlukan selepas bintang Brazil itu diketepikan daripada skuad Copa America akibat kecederaan buku lali serius.
Bintang Brazil, Neymar, mengalami kecederaan di bahagian ligamen buku lali kanan ketika aksi persahabatan menentang Qatar di Brasilia yang berakhir dengan kemenangan 2-0.
Neymar meninggalkan padang dalam keadaan menangis tatkala dia terpaksa diusung keluar melalui terowong dalam babak pertama sebelum Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) mengesahkan tonggak PSG itu tidak akan beraksi dalam Copa America yang bakal bermula 14 Jun ini.
Juara Ligue 1, PSG, mengeluarkan kenyataan semalam: "Neymar mengalami kesakitan di bahagian luar ligamen buku lali kanan ketika menjalani sesi pemanas badan untuk Copa America.
"Penyerang itu akan dinilai semula oleh bahagian perubatan kelab dalam tempoh 72 jam untuk mengetahui proses pemulihan yang akan dilalui."
Neymar mengharungi minggu yang mencabar setelah turut dituduh me rogol.
Pihak polis Sao Paulo mengesahkan kepada Omnisport, Sabtu lalu bahawa tuduhan telah dikenakan terhadap pemain PSG tersebut susulan insiden di bandar Perancis, 15 Mei lalu.
Namun, Neymar menafikannya menerusi catatan di Instagram, Ahad lalu, dengan mendakwa tuduhan itu merupakan cubaan untuk memeras ugutnya.
Dia kini akan disoal siasat polis Brazil setelah menyiarkan gambar mesranya bersama mangsa menerusi laman sosial.