Kecederaan yang menimpa penjaga gol, Alisson, tidak kelihatan baik dan membayangi kemenangan 4-1 Liverpool ke atas Norwich City awal pagi tadi, kata Jurgen Klopp.
Penjaga gol berbangsa Brazil itu kelihatan mengalami kesakitan ketika melakukan sepakan gol dalam babak pertama di Anfield, yang memaksa pemain baru, Adrian, menggantikannya pada minit ke-39.
Liverpool pada ketika itu sedang mendahului 3-0 selepas Mohamed Salah dan Virgil van Dijk menambah gol susulan jaringan sendiri Grant Hanley.
Divock Origi kemudian menjadikan kedudukan 4-0 menuju ke waktu rehat, namun Adrian tidak dapat mengekalkan rekod bersih apabila dibolosi oleh jaringan Teemu Pukki pada minit ke-64.
Klopp, yang mengesahkan Alisson akan terlepas perlawanan menentang Chelsea dalam Piala Super UEFA awal pagi Khamis ini, berasakan Liverpool layak untuk menang walaupun terdapat sedikit kemerosotan prestasi sambil mengakui situasi penjaga gol itu mengganggu keputusan perlawanan.
"Dalam 60 minit pertama, kami beraksi dengan amat baik," katanya kepada Sky Sports.
"Kami dapat mengawal permainan, ia amat jelas.
"Namun, ia masih di peringkat awal dan anda perlu mempelajari beberapa perkara.
"Saya memberitahu pemain selepas tamat perlawanan bahawa semuanya amat baik.
"Jika seseorang memberitahu bahawa kami akan menang 4-1 sebelum perlawanan, kami akan menerimanya, tidak syak lagi.
"Tetapi kami sepatutnya mengawal permainan dengan lebih baik, lebih banyak memegang bola.
"Amat normal apabila anda tidak berada di tahap fizikal terbaik dan kehilangan konsentrasi untuk melakukan hantaran yang salah.
"Mereka (Norwich) amat berani. Apa yang telah mereka lakukan itu amat baik, jadi kami perlu berusaha lagi.
"Tetapi kami menang dan layak memperoleh tiga mata dan itulah perkara terpenting.
"Saya amat gembira dengan permulaan ini, namun sudah pasti situasi Ali membayangi keputusan ini.
"Dia berasa sakit di bahagian betis, jadi itu bukanlah perkara baik.
"Dia berasa seperti itu, namun ia bukan bagaimana ia terjadi tetapi tentang apa yang dia rasakan.
"Ia bermakna, ia mungkin bukan sekadar ketegangan otot.
"Kami memasukkan Adrian untuk menggantikannya.
"Dia amat tenang dalam melakukan tugasannnya dan ia amat baik untuk kami mengawal permainan.
"Ketenangannya banyak membantu kami.
"Namun, kami berdepan sedikit masalah.
"Penjaga gol ketiga, Caoimhin Kelleher, sudah boleh kembali, namun dia belum cergas 100 peratus.
"Penjaga gol yang lebih muda juga mengalami isu sama, jadi kami perlu memikirkannya," katanya.
Norwich hampir menemui jaringan menerusi Moritz Leitner sebelum Pukki menemui sasaran.
Mereka menghasilkan 12 percubaan sepanjang 90 minit perlawanan.
Ketua jurulatihnya, Daniel Farke, memuji semangat juang pemainnya dalam perlawanan pembukaan yang mencabar itu.
"Secara keseluruhannya, kami kecewa kerana tewas.
"Kami mahu bermula dengan mengutip mata, namun saya amat gembira dengan perwatakan pasukan saya.
"Kami telah menunjukkan perwatakan yang hebat.
"Kami mencipta peluang dan memperoleh lebih percubaan tepat dalam babak kedua.
"Saya fikir persembahan kami dalam babak pertama tidaklah terlalu buruk.
"Saya sayangkan pasukan ini dan saya sayangkan pemain saya.
"Kami perlu mengekalkan keyakinan ini.
"Sudah pasti pertahanan kami perlu diperbaiki, namun pemain saya yang cedera akan kembali dan ia merupakan pengajaran buat beberapa pemain saya kerana sedikit keperincian akan memberikan perubahan yang besar," katanya.