Skip to main content

Bola Sepak

Kebangkitan Sepanyol iringi aksi pertama Enrique

isco-cropped_bqyskdl25b181p9mbezui4hwu.jpg
ENGLAND 1 SEPANYOL 2

Luis Enrique memenangi aksi pertamanya sebagai pengendali skuad Sepanyol selepas pasukan La Roja itu bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA di Wembley, awal pagi tadi.


Semestinya ia menjadi satu aksi yang mengecewakan semi-finalis Piala Dunia, England, selepas mendahului hasil gol Marcus Rashford tetapi terpaksa menerima kekalahan akibat dua gol dalam tempoh 22 minit daripada Saul Niguez dan Rodrigo Moreno.

Luke Shaw turun dalam aksi antarabangsa pertama selepas tiga tahun, namun terpaksa diusung keluar sambil memakai pendakap leher dan topeng oksigen ketika awal babak kedua selepas pelanggaran dengan Dani Carvajal dan tuan rumah jelas gagal menyinar dengan ketiadaannya.

Sepanyol ternyata tidak berdepan masalah dalam perlawanan pertama di bawah kendalian Luis Enrique selepas mengharungi penyingkiran dalam pusingan kedua Piala Dunia di tangan Russia tetapi kini mampu bersedia dengan penuh keyakinan untuk menghadapi Croatia setelah jaringan saat akhir Danny Welbeck dibatalkan untuk mengelakkan perlawanan berakhir seri.

Harry Kane membiarkan Shaw bergerak bebas di bahagian kiri dan pertahanan itu melakukan lorongan bola buat rakan sepasukan di Manchester United, Rashford, yang tenang menewaskan David De Gea pada minit ke-11.

Dua minit kemudian, Carvajal melepasi halangan Shaw dan melakukan hantaran buat Rodrigo sebelum gerakan bintang Valencia itu membolehkan Saul menewaskan Jordan Pickford.

Selepas menampilkan permainan lebih kemas, Sepanyol meraih pendahuluan yang berhak dimiliki pada minit ke-32 apabila Rodrigo melepasi kawalan benteng tuan rumah untuk menyudahkan sepakan percuma Thiago Alcantara.

Kehilangan Shaw pada awal babak kedua menyekat usaha England untuk memperkemaskan permainan dan mereka jelas bergelut untuk mencipta peluang.

Welbeck menyumbat jaringan dalam waktu kecederaan selama sembilan minit, namun didakwa mengasari De Gea sehingga menyebabkan gol itu dibatalkan, sekali gus membolehkan Sepanyol pulang dengan tiga mata.

Advertisement

Must Watch Video