Skip to main content

Bola Sepak

Kebangkitan "impian" buat Alisson

alisson.jpg
Alisson melabel kebangkitan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara merupakan satu "impian" selepas menyingkirkan Barcelona dua kali dalam tempoh setahun.

Liverpool melangkah ke final UCL dua kali berturut-turut setelah mengejutkan Barca 4-0 di Anfield awal pagi tadi, sekali gus menang 4-3 secara agregat.

Ia merupakan malam yang perlu dilupakan Barca dalam saingan Eropah, yang disingkirkan Roma musim lalu selepas mendahului 4-1 dalam aksi pertama.

Alisson sebahagian daripada skuad Roma yang mengejutkan Barca 3-0 dalam aksi timbal balik menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan April tahun lalu dan pemain kebangsaan Brazil itu -- kini membuat persiapan aksi final bersama The Reds – gembira di atas pencapaian Liverpool.

"Satu perlawanan yang menakjubkan dan usaha yang luar biasa," kata Alisson. "Ia telah berlaku kepada saya ketika mewakili Roma ketika menyingkirkan Barcelona tahun lalu.

"Saya sangat gembira apabila berjaya membantu rakan sepasukan saya. Kami kini memiliki objektif memenangi aksi final UCL.

"Kami telah berusaha tahun ini dan bersedia berdepan Barcelona. Dalam aksi pertama, Barcelona terlepas peluang untuk memenangi 4-0, keputusan itu mungkin menyukarkan peluang kami untuk bangkit.

"Kami bangkit dan ia merupakan malam yang sangat bermakna," tambahnya.

Liverpool bakal berdepan Ajax atau Tottenham dalam aksi final UCL di Madrid bulan depan.

Advertisement

Must Watch Video