Skip to main content

Bola Sepak

Kean perlukan masa untuk berkembang -- Allegri

moise-kean.jpg
JUVENTUS 2 MILAN 1

Massimiliano Allegri memberi amaran terhadap tekanan yang diberikan kepada Moise Kean selepas bintang Juventus itu menamatkan minggu yang sukar dengan menjaringkan gol kemenangan ke atas AC Milan.


Bintang muda itu mengetepikan kritikan berbaur perkauman ketika bertandang ke Cagliari pertengahan minggu ini untuk melengkapkan kebangkitan Juve bagi meraih kemenangan 2-1 di Stadium Allianz, awal pagi tadi.

Ia merupakan jaringan kelima pemain berusia 19 tahun itu untuk kelab dan negara ketika skuad bimbingan Allegri itu kini mendahului 21 mata ke atas pencabar terdekat, Napoli, yang perlu mengelak kekalahan di laman sendiri ketika berdepan Genoa.

The Bianconeri bercadang untuk meminjam keluar Kean, Januari lalu. Namun, dengan Cristiano Ronaldo masih diketepikan ekoran kecederaan hamstring ketika turun beraksi bersama Portugal, keputusan mengekalkan penyerang muda itu di Turin terbukti sebagai satu langkah tepat.

"Dia menjaringkan gol dengan baik. Kean pemain yang muda dan kami semua harus mengelakkan dirinya daripada sebarang tekanan," kata Allegri.

"Kami semua mengambil keputusan untuk mengekalkannya di Turin, Januari lalu, dan ia merupakan keputusan yang tepat. Dia perlu kekal untuk mengembangkan lagi bakatnya.

"Berlatih dan bermain untuk juara adalah lebih baik untuk perkembangannya, terutama sekali terhadap kekuatan mentalnya."

Ronaldo dijangka turun beraksi dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Ajax sementara Allegri turut bercadang menurunkan Paulo Dybala dalam jentera serangan The Rossoneri.

Pemain kelahiran Argentina itu, yang meraih sepakan penalti dan menyempurnakannya bagi menafikan jaringan pembukaan Krzysztof Piatek, mempamerkan kekecewaan ketika digantikan oleh Kean.

Allegri menegaskan dia tidak memiliki sebarang masalah terhadap reaksi tersebut.

"Dia harus marah kerana setiap pemain mementingkan tempoh beraksi.

"Jaringan Dybala memberikan keyakinan kepadanya. Dia perlu berusaha lagi untuk kekal dalam kesebelasan utama."

Advertisement

Must Watch Video