Bapa Moise Kean yakin penyerang kelahiran Itali itu akan menghangatkan lagi Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang perpindahannya menyertai Everton selepas mendedahkan anaknya hampir menyertai Manchester United beberapa tahun lalu.
Kean dilaporkan bakal meninggalkan juara Serie A, Juventus, untuk menyertai Everton dengan yuran perpindahan EURO32 juta (RM147 juta).
Pemain berusia 19 tahun itu memperkenalkan namanya kepada khalayak dunia musim lalu selepas menjaringkan enam gol ketika membantu Juventus menjuarai Scudetto buat kali kelapan berturut-turut.
Ketika Kean membuat persiapan berhijrah dari Turin ke Merseyside, Biorou Jean Kean berkata anaknya sudah bersedia menghadirkan ribut di England selepas menghalang penghijrahannya ke United beberapa tahun lalu.
"Saya menghalang perpindahannya pada ketika ibunya mahukan Kean menyertai United," katanya kepada Omnisport.
"Saya berkata tidak kerana mahukan dia terus kekal di Juventus bagi meraih lebih banyak pengalaman, dia belum matang lagi pada ketika itu. Menghantar remaja berusia 14, 15 tahun tidak meyakinkan saya.
"Saya mempercayai anak saya," kata Biorou Jean Kean lagi. "Dia akan menghangatkan lagi bola sepak Inggeris bersama pasukan baru. Dia adalah seorang pemain yang sentiasa menghadirkan kegembiraan di mana-mana dia beraksi.
"Saya pasti anak saya tidak akan gagal di England. Dia akan membanggakan keluarga kami, Itali dan Ivory Coast."
Kean diwakili oleh ejen, Mino Raiola, dan Biorou Jean Kean berkata lagi, "Raiola mengikuti perjalanan anak saya daripada langkah pertama. Daripada peringkat pertama sehinggalah ke hari ini.
"Anak saya sentiasa memiliki hubungan baik dengan Raiola, dia menganggap ejen itu sebagai bapa keduanya."