Skip to main content

Bola Sepak

KDA mahu jadi seperti Selangor -- Tan Sri Mohd Daud Bakar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

daud.jpg
Pemilik Kedah Darul Aman (KDA), Tan Sri Mohd Daud Bakar, menzahirkan keresahan melihat situasi kewangan yang melanda pasukannya selepas masih tidak mengikat mana-mana penaja utama ketika ini. 

Menurut wartawan Astro Arena, Karl Nunis, KDA memerlukan penajaan sebanyak  lapan hingga 10 juta semusim untuk bertahan sepanjang saingan musim ini.

Sebelum ini, dia mengumumkan bahawa penaja utama pasukan itu telah menarik diri hingga menyebabkan segala aspek persiapan, kelengkapan dan pengangkutan turut terjejas. 

Sekiranya senario itu berlarutan, maka KDN hanya mempunyai tempoh kurang beberapa bulan sahaja untuk bertahan dalam saingan musim ini.

Tan Sri Mohd Daud menjelaskan bahawa dia sangat mengagumi pentadbiran negeri Selangor yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pasukan The Red Giants itu. 
 
"Saya seperti keseorangan apabila melihat pasukan Selangor sering kali menerima sokongan positif meskipun telah diswastakan secara penuh sama seperti pasukan saya.

"Saya mengakui bahawa saya seorang tidak mampu melaksanakan misi ini, jadi saya menyeru pelbagai pihak tidak kira daripada kerajaan mahupun swasta membantu bagi menjayakan perjalanan pasukan KDA musim ini," katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video