Skip to main content

Bola Sepak

'Kau budak lagi masa itu'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhyar_2.jpg
Pemain Terengganu, Akhyar Rashid, terlibat dalam satu video konten yang tular di media sosial bersama pempengaruh terkenal di laman TikTok.

Dalam video itu menyaksikan dia sedang berkongsi pandangan mengenai pasukan kegemaran masing-masing dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Ketika ditanya mengenai pasukan kegemarannya, pemain berusia 25 tahun itu menjawab: "Liverpool, daripada dahulu lagi aku minat Liverpool.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mat (@adzimhariz)



Pempengaruh itu turut menjelaskan: "Jika kau tanya aku, aku tak minat pasukan seperti Liverpool, Arsenal dan Barcelona. Aku minat pasukan (Nottingham) Forest, mereka pernah menang EPL." katanya.

Malah, ketika Akhyar berkata "Tidak tahu", pempengaruh itu membalas "Kau budak lagi masa itu". 

Untuk rekod, pasukan Nottingham Forest kembali ke saingan EPL pada musim 2022/23 selepas menoktahkan penantian selama 23 tahun, dengan pasukan itu pernah menjulang trofi EPL pada edisi 1977/78 selain menjuarai Piala FA sebanyak dua kali.

Advertisement

Must Watch Video