Skip to main content

Bola Sepak

Katic pastikan skuad kendalian Gerrard lolos

katic.jpg
RANGERS 1 OSIJEK 1 
(Rangers mara 2-1 secara agregat)

Rangers menempah tiket dalam pusingan ketiga kelayakan Liga Europa meskipun seri 1-1 dengan Osijek untuk mara secara agregat 2-1, awal pagi tadi. 


Jaringan Alfredo Morelos di Croatia ternyata memberi kelebihan buat skuad bimbingan Steven Gerrard itu manakala gol tunggal Nikola Katic sekali lagi memberi kesan besar dalam pertemuan di Ibrox itu sungguhpun jaringan lewat Borna Barisic sempat mencetuskan detik cemas. 

Kedua-dua pasukan bergelut untuk menguji penjaga gol dalam babak pertama dengan kebanyakan percubaan sama ada tersasar atau tepat ke arah Marko Malenica mahupun Allan McGregor.

Jaringan yang dinanti-nantikan akhirnya berkunjung selepas lapan minit babak kedua bersambung. 

Umpanan James Tavernier ke dalam kotak penalti disambung oleh Morelos yang menanduk ke arah pintu gol untuk disudahkan Katic.

Barisic kemudian mencetak gol buat pelawat pada minit ke-89, begitupun usaha mereka untuk memburu jaringan kedua tidak kesampaian untuk tewas secara agregat.

Keputusan itu bermakna Rangers menempah pertemuan dengan Maribor dalam pusingan berikutnya selepas wakil Slovenia itu menang 2-0 secara agregat ke atas Chikhura Sachkhere.
 

Advertisement

Must Watch Video