Skip to main content

Bola Sepak

Kasi rancak Stadium Darulaman malam ini

ivctor-andrag-kedah.jpg
Jom datang beri sokongan dan bantu isi kantung Kedah Darul Aman di gelanggang sendiri malam ini. 

Menjelang perlawanan Kedah Darul Aman (KDA) berdepan Kelantan Darul Naim malam ini dalam saingan kelima Liga Super 2024/2025 di Stadium Darul Aman, hanya 303 ratus keping tiket sahaja yang sudah terjual. 


Begitupun, melalui laman sosial rasmi pihak KDA mereka mengharapkan kejutan daripada penyokong Sang Kenari untuk memenuhi stadium selepas penjualan tiket yang kurang mendapat sambutan untuk hadir dan memberikan semangat buat pemain ketika beraksi di atas padang malam ini.

Pihak KDA mengharapkan sekurang-kurangnya 10,000 tiket terjual dengan kehadiran jumlah penyokong yang positif sebagai misi mengisi kantung kelab.

Selepas dua kemenangan dan dua kekalahan, kejayaan malam ini akan membuka ruang kepada Sang Kenari mendaki kedudukan pertengahan.






KDA bakal berdepan cabaran Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan separuh akhir Piala FA Malaysia 2024 selepas berjaya menewaskan Penang 1-0 di pusingan suku akhir minggu lalu.



 

Advertisement

Must Watch Video