Skip to main content

Bola Sepak

Karius ucap tahniah di atas kejayaan Liverpool

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

loris-karius_.jpg
Loris Karius mengucapkan tahniah kepada Liverpool di atas kejayaan  memenangi Liga Juara-Juara (UCL) selepas mengatasi Tottenham 2-0 dalam aksi final di Madrid, awal pagi tadi.

Jaringan daripada Mohamed Salah dan Divock Origi melengkapkan kemenangan mereka untuk menjulang gelaran UCL buat kali keenam.

The Reds bangkit daripada kekalahan 3-1 kepada Real Madrid di Kiev musim lalu apabila Karius melakukan dua kesilapan.

Penjaga gol itu, yang dipinjamkan ke Besiktas musim ini selepas Liverpool mendapatkan khidmat Alisson dari Roma, mengucapkan tahniah berikutan kejayaan Liverpool.

"Tahniah Liverpool, sangat gembira di atas kejayaan ini untuk kelab dan penyokong, anda berhak meraihnya," kata Karius menerusi laman twitter.

Advertisement

Must Watch Video