GREUTHER FURTH 1 BORUSSIA DORTMUND 2
Ketua pasukan Borussia Dortmund, Marco Reus, menjaringkan gol pada minit ke-120 untuk membantu pasukannya melayakkan diri ke pusingan kedua Piala Jerman, awal pagi tadi.
Sepakan penalti tampak bakal menjadi penentu pemenang di antara pasukan divisyen dua, Greuther Furth, dan gergasi Bundesliga, Dortmund.
Namun, Reus memberikan jaringan kemenangan buat pasukannya selepas menyambut hantaran lintang rendah dari sebelah kanan daripada Jadon Sancho, sekali gus membolehkan pasukan bimbingan Lucien Favre itu mara dengan kemenangan 2-1 selepas masa tambahan.
Dortmund ketinggalan pada minit ke-77 tatkala Sebastian Ernst menemui sasaran buat tuan rumah tetapi Dortmund bingkas mengheret perlawanan ke masa tambahan menerusi gol dalam waktu kecederaan.
Axel Witsel menjaringkan gol pertama buat Dortmund pada minit ke-95 selepas pemain tengah Belgium itu melepaskan sepakan voli dari jarak dekat untuk mengikat kedudukan di penghujung masa sebenar.
Kapten Dortmund, Reus, akhirnya meledakkan gol kemenangan dan meranapkan impian Greuther Furth, sekali gus mengelakkan Dortmund daripada mengikut jejak langkah juara bertahan yang tersingkir, Eintracht Frankfurt.