Dalam penerbangan EasyJet bersama rakan sepasukan, Diogo Dalot dari Manchester untuk menyertai skuad kebangsaan Portugal Isnin lalu, Fernandes menyedari salah seorang penumpang lelaki yang kelihatan tidak sedarkan diri di bahagian belakang kapal terbang.
Bruno Fernandes helped save an ill passenger on a flight to Lisbon.
— ESPN UK (@ESPNUK) November 13, 2024
Noticing the man was passing out, he called for help, assisted him to a seat at the back, and stayed with the crew to ensure he was okay.
Later, he took a selfie with fellow passengers and Diogo Dalot ❤️ pic.twitter.com/KkyWXUnYu3
Fernandes segera memanggil "Kami memerlukan bantuan!" dua kali, memaklumkan kru penerbangan, menerusi laporan The Sun.
Menurut penumpang, Susanna Lawson, Fernandes membantu lelaki untuk sebelum pihak pramugari memberikan bantuan.
"Dia bersama mereke dan memastikan penumpang yang pengsan itu dalam keadaan yang baik," kata Lawson menerusi Business Cloud. "Dia bukannya mencari perhatian, hanya ingin menghulurkan bantuan."
Selepas kapal terbang mendarat, Lawson dan beberapan penumpang lain mengambil swafoto bersama pemain tengah berusia 30 tahun itu.
Bruno menyertai Manchester United pada Januari 2020 dan segera menjadi pemain utama pasukan sehingga memperoleh lilitan kapten.
Fernandes dijangka bakal memainkan peranan penting buat Portugal berdepan Poland esok di Stadium Dragao, Porto dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA.
Portugal mendahului kumpulan A1 dan hampir pasti untuk melayakkan diri ke suku akhir.