Skip to main content

Bola Sepak

Kante, Luiz bakal terlepas aksi berdepan Boro

5617kante.jpg
N'Golo Kante dan David Luiz berkemungkinan terlepas aksi penting Chelsea berdepan Middlesbrough dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.

Chelsea perlu meraih tiga kemenangan pada empat perlawanan terakhir untuk memastikan menjuarai liga pada musim pertama Antonio Conte mengendalikan pasukan di Stamford Bridge.

Tetapi mereka berkemungkinan tanpa Kante dan pertahanan, David Luiz, berdepan Boro.

Penjaga gol, Thibaut Courtois, dilihat kembali cergas untuk beraksi selepas mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu Everton.

"Minggu ini, kami bergelut dengan ketersediaan David Luiz dan Kante," kata Conte.

"Saya masih memiliki tiga hari untuk membuat keputusan menurunkan kesebelasan terbaik.

"Courtois telah kembali menjalani sesi latihan pada Khamis dan Jumaat dan saya melihat dia tidak menghadapi sebarang masalah."

Conte percaya Chelsea bakal mengharungi penghujung musim yang sukar, dengan Boro masih memiliki peluang secara matematik untuk mengelak daripada penyingkiran.

"Terdapat dua pasukan yang terdesak meraih keputusan.

"Middlesbrough perlu menang jika mahu kekal dalam saingan EPL. Sama seperti kami, kami juga perlu menang.

"Dengan sebab ini, saya berasakan saingan yang baik di antara kedua-dua pasukan. Kami perlu bersiap sedia, bersedia untuk berjuang dan meraih tiga mata penuh.

"Perancangan kami akan terus bekerja, bersiap sedia untuk empat perlawanan terakhir dan aksi final Piala FA."

Advertisement

Must Watch Video