Harry Kane tersenarai dalam barisan pemain yang akan ke Madrid bagi menghadapi final Liga Juara-Juara Eropah.
Kapten England itu tidak pernah diturunkan sejak Spurs menewaskan Manchester City dalam suku akhir pertama, namun dijangka akan dipertaruhkan menjelang perhitungan terakhir dengan Liverpool, hujung minggu ini.
Spurs mara ke final Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama dalam sejarah dan Kane mendedahkan dia sudah bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan itu selepas pulih daripada kecederaan buku lali.
"Saya boleh beraksi jika final Liga Juara-Juara berlangsung hari ini," katanya kelmarin.
Seperti Kane, Harry Winks juga tidak pernah beraksi sejak 9 April lalu gara-gara kecederaan kelangkang, namun dia juga tersenarai dalam barisan pemain pilihan Mauricio Pochettino.
Winks dan seorang lagi rakan sepasukannya, Kieran Trippier, digugurkan daripada skuad kebangsaan England menjelang pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah manakala Kane dikekalkan.
Baki senarai merupakan barisan pemain yang sudah dijangka dengan tiada sebarang kesulitan menjelang kunjungan mereka ke Sepanyol.