Skip to main content

Bola Sepak

Kane ungguli kasut emas EPL

220517-kane-pochettino.jpg
Penyerang England, Harry Kane berjaya meraih anugerah kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk tahun kedua berturut-turut selepas berjaya mencatatkan 29 gol dalam liga pada musim ini.

Tiga gol dihasilkan penyerang England, Harry Kane di Stadium KC ketika menentang Hull City menyaksikan dirinya berjaya memenangi anugerah kasut emas Liga Perdana

Inggeris (EPL) untuk tahun kedua berturut-turut, selepas menjaringkan 29 gol hasil daripada 30 penampilan dalam liga musim 2016-17.

Pada Khamis lalu, Kane berjaya menjaringkan empat gol ketika pertemuan menentang Leicester City, sekaligus meletakkan dirinya naik ke tangga teratas senarai penjaring dengan 26 gol, meninggalkan Romelu Lukaku dan Alexis Sanchez dengan 24 gol.

Lebih menarik, Kane terlepas lapan perlawanan akibat masalah kecederaan pada musim ini, berbanding Lukaku yang beraksi dalam kesemua 38 perlawanan liga.

Pada musim 2015-16, penyerang berusia 23 tahun itu berjaya menjaringkan 25 gol selepas beraksi dalam kesemua 38 perlawanan.

Harry Kane menjadi pemain pertama yang berjaya mengungguli carta penjaring terbanyak untuk dua musim berturut-turut, selepas kali terakhir dilakukan oleh Robin Van Persie pada musim 2011-12 dan 2012-13, ketika bersama Arsenal dan kemudian Manchester United.

Advertisement

Must Watch Video