Kapten England, Harry Kane, menolak ke tepi persaingan antara kelab apabila bintang Liverpool dan Tottenham bergabung tenang dalam saingan akhir Liga Negara-Negara.
Tujuh pemain terlibat dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) di Madrid dalam senarai 23 pemain skuad kendalian Gareth Southgate itu berdepan Belanda, awal pagi Jumaat ini.
Berusaha untuk melupakan kekecewaan apabila tewas 2-0 kepada Liverpool di Madrid kelmarin, Kane berharap rakan sepasukan, Dele Alli, Eric Dier dan Danny Rose dapat memberikan tumpuan untuk England.
Mereka bakal bergandingan dengan Jordan Henderson, Joe Gomez dan Trent Alexander-Arnold dalam skuad kebangsaan berdepan Belanda di Stadium D. Afonso Henriques.
"Kami memiliki hubungan baik walaupun kami berkhidmat untuk kelab berbeza. Kami sudah memberikan tumpuan untuk England," kata Kane.
"Semua pemain yang tersenarai meletakkan keutamaan buat England.
"Tidak mengira anda pemain Spurs, Manchester City atau Liverpool, kami akan berusaha memberikan yang terbaik untuk England."