Skip to main content

Bola Sepak

Kane: Tiada kata-kata mampu jelaskan minggu mengecewakan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Harry Kane kehilangan kata-kata untuk menggambarkan minggu suram ditempuhi Tottenham.

Spurs berpeluang untuk melupakan kekalahan 'derby' London utara kepada Arsenal hujung minggu lalu dengan menjamin tiket ke suku akhir Liga Europa memandangkan berkelebihan 2-0 ke atas Dinamo Zagreb dalam pusingan kedua di Croatia Jumaat lalu. 

Begitupun, prestasi longlai menyaksikan Tottenham tersingkir menerusi hatrik jaringan Mislav Orsic yang mencetuskan kemenangan menakjubkan 3-0 tuan rumah selepas masa tambahan.

Ia mendorong ketua pasukan, Hugo Lloris, melabel Spurs sebagai "mengaibkan" sementara penjaga gol itu memberi bayangan mengenai masalah yang lebih dalam yang sedang dialami kelab berkenaan.

Pasukan bimbingan Jose Mourinho itu yang tersepit berpeluang untuk kembali ke landasan kemenangan ketika mereka mengunjungi Aston Villa bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi esok, tetapi mereka berdepan cabaran untuk memulihkan prestasi susulan pencapaian buruk di kandang lawan kebelakangan ini. 

Mereka tewas empat daripada lima perlawanan terakhir ketika beraksi di luar Stadium Tottenham Hotspur. 

Kane -- yang merakamkan lima jaringan dalam tiga penampilan terakhirnya menentang Villa dalam EPL -- turut mencetak dua gol dalam dua perlawanan terakhirnya, namun dia tidak mempunyai alasan berhubung tahap persembahan baru-baru ini melainkan membuktikan keupayaan ketika beraksi di Villa Park.


 

Menerusi saluran media sosialnya, kapten England itu berkata: "Esok adalah masanya untuk bangkit selepas minggu yang sangat mengecewakan. Tiada kata-kata yang mampu menebus dua kekalahan terakhir, kami hanya perlu menunjukkan tindak balasnya di atas padang!"

Tottenham menguasai tangga kelapan EPL, enam mata di belakang Chelsea yang menghuni tempat keempat dengan the Blues telah bermain lebih perlawanan. 

Advertisement

Must Watch Video