Harry Kane mengesahkan dirinya cergas untuk beraksi bagi meningkatkan keyakinan Tottenham Hotpsur menjelang aksi menentang Liverpool dalam final Liga Juara-Juara Eropah, Ahad ini.
Kapten England itu mengalami kecederaan buku lali ketika berdepan Manchester City, 9 April lalu, dan tidak terlibat dalam sembilan perlawanan terakhir kelabnya.
Namun, selepas menyaksikan kebangkitan Spurs menewaskan Ajax dalam separuh akhir dari tempat duduk penyokong, dia kini sudah bersedia untuk diturunkan dalam final di Wanda Metropolitano.
Kane berkata kepada wartawan: "Saya dapat beraksi jika final Liga Juara-Juara adalah hari ini."
Pengurus pasukan, Mauricio Pochettino, merupakan individu yang perlu diyakinkan Kane dan penyerang berusia 25 tahun itu mengakui impiannya untuk mengetuai pasukan itu di Madrid tidak berada di tangannya.
"Saya berlatih pada Jumaat. Saya berlatih pada Sabtu. Saya berlatih sepanjang minggu dan saya berasa baik.
"Namun, sudah pasti setiap keputusan terletak di tangan pengurus dan dia akan memilih sesiapa yang dia rasakan sudah bersedia untuk beraksi.
"Daripada pandangan saya, saya berasa baik, jadi kami akan melihat apa yang akan berlaku sepanjang minggu ini dan menentukannya kemudian," katanya.
Pochettino mengadakan sidang media di Kompleks Latihan Tottenham dan menjelaskan tiada sebarang jaminan untuk bintang penyerangnya itu diturunkan walaupun mengakui terdapat perkembangan yang baik.
"Ia perkembangan yang amat positif.
"Kami ada tempoh seminggu untuk melihat perkembangannya.
"Ia amat penting untuk dia berasa cergas dan dia amat positif.
"Kami akan melihat apa yang akan terjadi.
"Saya tidak boleh katakan yang dia sudah 100 peratus cergas untuk memulakan perlawanan, di bangku simpanan atau dipinggirkan," katanya.