ALBANIA 0 ENGLAND 2
Harry Kane meledak gol pertama dalam aksi antarabangsa sejak 16 bulan yang lalu ketika England merakamkan kemenangan 2-0 ke atas Albania dalam aksi kelayakan Piala Dunia, di Tirana, sebentar tadi.
Kane tidak menemui gawang buat England sejak November 2019, kemarau enam perlawanan, tetapi kapten itu meledak gol dalam separuh masa pertama dengan tandukan di Stadium Air Albania semalam.
Penyerang itu kemudian melakukan lorongan buat Mason Mount untuk menggandakan kelebihan England dalam separuh masa kedua ketika pendahulu Kumpulan I menang dua perlawanan berturut-turut selepas menang 5-0 ke atas San Marino.
Kane dan Phil Foden menggegar palang gol dalam persembahan dominan skuad kendalian Gareth Southgate, dengan Nick Pope menjadi penjaga gol pertama tidak dibolosi dalam enam perlawanan bersama England.

#ThreeLions goal number 3️⃣3️⃣!
— England (@England) March 28, 2021
? @HKane pic.twitter.com/bxxkdqSsZl