TOTTENHAM HOTSPUR 5 EVERTON 0
Tottenham mencerahkan peluang untuk memburu penamat empat teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas dua jaringan Harry Kane membantu mereka membelasah Everton 5-0 di laman sendiri awal pagi tadi.
Gol daripada Kane dan Son Heung-min disusuli dengan jaringan sendiri Michael Kane memberikan Spurs, yang tersingkir daripada saingan Piala FA minggu lalu, kelebihan selesa selepas separuh masa.
Kane kemudian mengatasi rekod 175 gol dalam EPL milik Thierry Henry menerusi voli gemilangnya, tidak lama selepas Sergio Reguilon menjaringkan gol keempat Spurs dengan sentuhan pertamanya dalam perlawanan itu, untuk pasukan bimbingan Antonio Conte berkenaan kini hanya ketinggalan tiga mata di belakang pasukan di tangga keempat, Arsenal.
Malang buat Everton apabila pasukan bimbingan Frank Lampard itu kini hanya dibezakan satu mata daripada zon penyingkiran.
Seterusnya, Spurs berpeluang memintas pasukan di tangga kelima EPL, Manchester United, dalam aksi di Old Trafford hujung minggu ini manakala Everton pula akan menantikan kunjungan Wolves pada hari yang sama.

PL All-Time Scorers:
— The Analyst (@OptaAnalyst) March 7, 2022
Alan Shearer260
Wayne Rooney 208
Andrew Cole187
Sergio Agüero 184
Frank Lampard 177
Harry Kane 176 ?
Thierry Henry 175
Robbie Fowler 163
Jermain Defoe 162
Michael Owen 150 pic.twitter.com/urRUDJBaYv