Harry Kane kini menjadi pemegang rekod penjaring terbanyak buat Tottenham dalam perlawanan 'derby' London Utara menentang Arsenal selepas menyempurnakan sepakan penalti dalam pertembungan di White Hart Lane, malam tadi.
Kane telah melakar nama selaku penjaring dalam empat pertemuan berturut-turut menuju ke perlawanan itu, dengan Tottenham turun berbekalkan misi mengekori rapat pendahulu liga, Chelsea.
Delle Alli membuka tirai jaringan pada minit ke-55 dan ketika Gabriel Silva menjatuhkan Kane di dalam kotak penalti, pemain antarabangsa England itu seakan-akan dianugerahkan peluang keemasan untuk terus menghantui The Gunners.
Kane menyempurnakan sepakan penalti itu untuk golnya yang ke-21 musim ini.
Jaringan itu bermakna Kane kini telah meledak enam gol buat Tottenham dalam perlawanan 'derby' berdepan Arsenal, melebihi mana-mana pemain yang pernah berkhidmat bersama Spurs sebelum ini.