LEICESTER CITY 1 TOTTENHAM HOTSPUR 6
Harry Kane berkata dia mahu menjaringkan empat gol lagi berdepan Hull City untuk memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris musim ini setelah membantu Tottenham membelasah Leicester City 6-1, awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa England itu menjaringkan gol ke-26 musim ini setelah meledak empat gol di Stadium King Power untuk mendahului carta penjaring terbanyak.
Kane sebelum ini berkata dia mahu meledak gol berdepan The Foxes dan mengulanginya dalam perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini berdepan Hull City bagi memastikan anugerah Kasut Emas menjadi miliknya buat kali kedua berturut-turut.
"Yang paling penting, kami bertandang ke sini dengan niat untuk melakar kemenangan," Kane memberitahu Sky Sports.
"Sudah tentu saya memikirkan untuk mencatat nama selaku penjaring dan ini adalah kali pertama saya menjaringkan empat gol.
"Saya hanya menyasarkan untuk meledak satu atau dua gol dan cuba merebut Kasut Emas dalam perlawanan terakhir musim ini. Tetapi kini saya berada di landasan tepat.
"Kami masih ada satu perlawanan untuk ditempuhi, jadi saya tidak akan berhenti di sini sahaja. Saya perlu memburu empat gol berdepan Hull.
"Walaupun Leicester menyukarkan kami, terutama dalam babak kedua, gol ketiga membuatkan perlawanan lebih terbuka.
"Saya mula bermain sambil lewa dan sekadar cuba mengambil peluang dengan aksi satu lawan satu di bahagian pertahanan pasukan lawan sebelum mengambil peluang."
Sementara itu, rakan sepasukannya, Heung Min-son -- yang turut menyumbang dua gol -- berpendapat penyerang berusia 23 tahun itu hampir pasti akan meledak lebih banyak gol seandainya dia tidak dihimpit kecederaan buku lali musim ini.
"Kami menikmati perlawanan ini tanpa sebarang tekanan. Setiap pemain bermain dengan baik," kata Son.
"Saya gembira dengan Harry (Kane) dan saya juga berjaya menyumbat dua gol.
"Penting untuk kami memberi sokongan kepadanya. Saya tidak ingat berapa lama dia diketepikan tetapi dia masih mampu meledak 26 gol. Dia seorang pemain yang menakjubkan, dia mampu membuat jaringan dari posisi berbeza."