Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kane harap sempat cergas untuk aksi final

harrykane.jpg
Harry Kane berharap sempat cergas untuk aksi final Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Liverpool.

Kane menyaksikan hatrik Lucas Moura dalam separuh masa kedua untuk menjulang Spurs merakamkan kemenangan 3-2 dalam aksi timbal balik separuh akhir, awal pagi tadi.

Tottenham menemui jalan keluar selepas jaringan daripada Matthijs de Ligt dan Hakim Ziyech meletakkan Ajax 2-0 di Amsterdam dan 3-0 secara agregat sebelum Lucas muncul wira untuk membawa Spurs ke final menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

Kane telah diketepikan hampir sebulan kerana mengalami kecederaan buku lali tetapi penyerang itu berharap dia sempat cergas sebelum aksi final di Madrid bulan depan.

"Saya berharap proses pemulihan berjalan lancar," kata Kane. 

"Saya mula berlari terus minggu lalu. Itu sebab yang berlari meraikan kejayaan Spurs sebentar tadi."

Kane memuji perwatakan yang ditampilkan oleh skuad Mauricio Pochettino itu, yang meraih kemenangan menerusi jaringan Lucas pada minit ke-96.

"Ia sangat menakjubkan. Separuh masa pertama agak mengecewakan, kami membenarkan lawan mendahului dengan dua jaringan.

"Selepas perlawanan berbaki 45 minit, Spurs memberikan apa yang termampu.

"Lucas menjaringkan dua gol untuk mengejar saingan sebelum dia menyumbat jaringan kemenangan pada penghujung perlawanan. Saya sangat teruja."
 

Advertisement

Must Watch Video