Skip to main content

Bola Sepak

Kane fokus pacu Tottenham rebut tiket UCL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Harry Kane memburu kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) sekalipun Tottenham berdepan laluan berliku di tangga kelapan apabila ketinggalan enam mata dengan seteru di tangga keempat, Arsenal. 

Ketua pasukan itu England itu kelihatan dipengaruhi dengan isu perpindahannya ke Manchester City yang tidak menjadi kenyataaan selepas hanya meledak sekali dalam 15 perlawanan pertamanya dalam liga musim ini.

Tetapi dia menemui semula prestasinya selepas mencipta 10 jaringan dalam 13 penampilan termasuk dua perlawanan menentang City dan kemenangan 3-2 di Stadium Etihad.

Kane kini lebih bahagia dengan kehidupan di Spurs sejak ketibaan Antonio Conte sebagai pengurus pada November lalu, tetapi persoalan mengenai masa depannya mungkin akan timbul semula sekiranya kelab itu sekali lagi gagal layak ke Liga Juara-Juara (UCL).

Menjelang lawatan ke Brighton & Hove Albion, awal pagi Khamis ini, Kane mendedahkan kepada Sky Sports tentang perancangan terdekatnya. 

"Saya orang pertama yang mengukur prestasi diri sendiri," kata pemain berusia 28 tahun itu. 

“Pada awal kempen musim ini memang saya tidak berada di tahap yang sering ditonjolkan. 

"Ia bukan masa untuk panik atau merajuk, ia tentang bekerja keras dan sejak Antonio masuk, kami mempunyai persefahaman yang baik antara satu sama lain. 

"Sebagai pemain, jika saya dapat meningkatkan prestasi di bawah jurulatih baru, ia perkara paling penting."

Menurutnya lagi: "Saya pernah buntu, tidak pasti ke mana untuk melangkah selain hala tuju kelab ini, ia adalah bahagian paling sukar sebagai pemain. 

"Kini saya bertambah baik, begitu juga dengan pasukan selepas mendapat tunjuk ajar Antonio. Ia mendorong saya untuk menjadi lebih baik lagi. Mudah-mudahan, kami dapat menamatkan musim ini dan menghidupkan peluang untuk meraih empat tangga teratas.

"Jelas sekali, ia sentiasa menjadi sasaran buat kelab. Secara peribadinya, saya bersaing dalam pertandingan terbaik di dunia. Fokus utama saya pada tahun ini ialah mendapat empat tempat teratas. 

"Ada baki 11 perlawanan lagi dan jika kami menemui rentak, ini bukan sesuatu yang mustahil. Itu sahaja yang saya boleh kawal termasuk pengurus. Mari lihat di mana kami akan berakhir."

Advertisement

Must Watch Video