Skip to main content

Bola Sepak

Kami yang bersalah -- Marcelo

marcelo.jpg
REAL 0 BETIS 2

Pertahanan kiri, Marcelo, mengakui dia dan rakan sepasukan perlu dipersalahkan di atas musim "sukar" yang dialami Real Madrid.


Real menamatkan musim 2018-19 dengan kekalahan 2-0 kepada Real Betis di laman sendiri semalam, menyaksikan mereka menamatkan saingan dengan 68 mata dalam saingan LaLiga -- kutipan mata terendah sejak 2001-02.

Gergasi Sepanyol itu turut tersingkir daripada Liga Juara-Juara (UCL) selepas tewas kepada Ajax dan tewas kepada Barcelona dalam aksi separuh akhir Copa del Rey.

Bagi Marcelo, yang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama kepada Sergio Reguilon sejak Zinedine Zidane dilantik semula sebagai ketua jurulatih, mengakui seluruh pasukan perlu bertanggungjawab di atas apa yang berlaku sepanjang sembilan bulan yang lalu.

"Kami yang bersalah," kata Marcelo. "Kami bermula hambar dan menamatkan musim dengan persembahan yang mengecewakan. Ia merupakan tahun yang sukar buat kami.

"Musim hadapan akan bermula tidak lama lagi dan kami tidak boleh melakukan kesilapan sama."

Tewas kepada Betis menyaksikan kekalahan Real yang ketiga daripada empat perlawanan.

Advertisement

Must Watch Video