Skip to main content

Bola Sepak

Kami tidak bernasib baik -- Maloney

brad-maloney.jpg
Ketua jurulatih skuad B-18 negara, Brad Maloney, berasakan skuad kendaliannya itu tidak bernasib baik apabila tewas 0-1 kepada tuan rumah, Vietnam, dalam aksi pembukaan Kejohanan AFF B-18 di Bandaraya Ho Chi Minh, semalam.

Vietnam ternyata lebih selesa beraksi di laman sendiri manakala Malaysia, yang majoritinya dibarisi penuntut Akademi Mokhtar Dahari (AMD), tampak sukar mencari rentak.

Bagaimanapun, Firdaus Khaironisam hampir-hampir menemui sasaran pada minit keempat dan ke-38.

Dalam babak kedua, Vietnam akhirnya menemui jaringan pada minit ke-88 apabila sepakan sudut Vo Minh Trong terbias ke badan Umar Hakeem Suhar Rezwar.

Bagi Maloney, pasukannya telah memberikan yang terbaik, cuma faktor nasib masih belum menyebelahi mereka.

"Ia perlawanan yang sengit.

"Tahniah kepada Vietnam kerana bemain baik dan mencipta banyak peluang.

"Berdasarkan perspektif saya, pemain saya telah memberikan yang terbaik, cuma kami tidak bernasib baik untuk dibolosi pada penghujung permainan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video