PIALA MALAYSIA
Kami Tidak Bernasib Baik, kata Nenad Bacina
Jurulatih KL City, Nenad Bacina menyifatkan anak buahnya kurang bernasib baik dalam kekalahan di 2-1 di separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu untuk kekalahan agregat 2-4 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
"Kami tidak bernasib baik dalam melepaskan gol pertama kepada Terengganu," kata Bacina. "Ia menyentapkan semangat pemain dan pada masa rehat saya memberitahu pemain supaya jangan patah semangat dan teruskan bersaing."
Kata-kata Bacina itu tampak membuahkan hasil apabila Romel Morales memadamkan pendahuluan awal gol jaringan Ivan Mamut pada minit ke-42, dengan menyudahkan hantaran lintang pemain sayap Haqimi Azim Rosli pada minit ke-51.
Iklan
Namun 15 minit kemudian, Terengganu beroleh gol kemenangan sekali lagi menerusi kecemerlangan Mamut yang merembat kencang dari luar petak penalti.
"Strategi kami ialah untuk lebih bersabar dalam babak pertama dan menanti peluang yang ada. Tetapi malangnya kami melepaskan gol pertama," kata Bacina. "Babak kedua kami melakukan perubahan dengan memasukkan lebih penyerang dan berjaya menyamakan kedudukan... tetapi sekali lagi kami dibolosi.
"Tetapi anak buah saya tidak menyerah kalah sekalipun selepas gol pertama mental mereka sedikit menurun."
Bacina turut akui bahawa Terengganu mempunyai kualiti dan mampu untuk cipta kejutan di final menentang JDT.
Must-Watch Video