Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim, mengakui skuad bimbingannya terlalu berhati-hati dalam aksi Piala FA menentang Ultimate FC, malam tadi.
Irfan berkata keadaan itu menyebabkan barisan pemainnya hilang penguasaan bola serta tidak mempamerkan corak permainan terbaik dalam babak pertama.
Malah, kelibat pemain sayap, Mohd Shahrul Aizad dan Khairul Izuan Rosli, juga gagal memberikan impak sambil Irfan melabelkan aksi TFC itu sebagai "menyusahkan diri sendiri".
"Bukan sambil lewa tetapi kami terlampau berhati-hati dan keadaan itu diperbaiki dalam babak kedua.
"Pada 25 minit terakhir, barulah kami selesa dan gol kedua berjaya membunuh semangat pasukan lawan," jelasnya.
TFC, yang mendahului menerusi Ashari Samsudin seawal minit pertama, dipaksa berpeluh dengan gol kedua yang hanya tercipta pada minit ke-74 hasil tandukan Igor Zonjic.
Dua minit selepas itu, Sanjar Shaakhmedov menjadikan kedudukan 3-0 sebelum Nasrullah Haniff Johan menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-86.
Khairul Izuan kemudian melengkapkan kemenangan 5-0 pada minit ke-90 untuk membawa TFC ke pusingan ketiga Piala FA.
"Kami lambat memberi tekanan kepada Ultimate FC, mujur rentak lebih baik ditunjukkan selepas rehat," tambah Irfan.
Kredit foto: Terengganu FC (TFC)