Jurulatih Real Madrid, Julen Lopetegui, berkata beliau akan menentukan situasi penjaga golnya berdasarkan satu perlawanan ke satu perlawanan selepas bintang yang baru ditandatangani, Thibaut Courtois, terus menunggu untuk membuat penampilan pertamanya.
Courtois berpindah daripada skuad Liga Perdana, Chelsea, ke juara Eropah, Madrid, dengan perpindahan bernilai £35 juta (RM184.6 juta) tetapi pemain antarabangsa Belgium itu berada di bangku simpanan dalam kemenangan 4-1 ke atas Girona dalam LaLiga, awal pagi tadi -- Lopetegui memilih mengekalkan Keylor Navas.
Lopetegui juga memilih Navas berbanding Courtois semasa Madrid menentang Getafe dalam aksi pembukaan LaLiga, selepas pemain berusia 26 tahun itu menyaksikan dari luar ketika pasukan barunya itu kalah kepada Atletico Madrid dalam Piala Super UEFA, 16 Ogos lalu.
Mengulas mengenai ketiadaan Courtois untuk memihak kepada Navas, Lopetegui memberitahu pemberita: "Ini bukan situasi yang mudah difahami tetapi ia cukup mudah dijelaskan.
"Saya mempunyai beberapa pilihan yang sangat baik di gawang dan tiada masalah di kawasan itu. Kami akan menentukan apa yang terbaik untuk setiap perlawanan.
"Keylor mendapat kelonggaran hari ini dan bermain dengan baik. Ada pertandingan hebat dan menjadikan kami lebih kuat di bahagian penjaga gol. Saya mempunyai beberapa idea dalam fikiran saya tetapi saya tidak akan berkongsi.
"Sepanjang musim, saya akan mencari idea untuk menyelesaikan cabaran segera yang akan datang."
Bintang Madrid, Luka Modric, juga buat kali ketiga berturut-turut berada di bangku simpanan ketika gergasi Sepanyol itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Girona.
Modric, yang dikaitkan dengan perpindahan ke skuad Serie A, adalah antara pemain simpanan yang bersama pemenang Piala Dunia dan pertahanan Perancis, Raphael Varane, awal hari ini.
Lopetegui menambah: "Mereka akan kembali ke pasukan tidak lama lagi dan kami mempunyai alternatif, pemain lain bersaing. Itu selalu penting."