Skip to main content

Bola Sepak

Kami perlu 'reset' semula-- Mikel Arteta

arteta.jpg
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mengakui banyak perkara yang perlu disemak semula selepas mereka tidak dapat memanfaatkan peluang terhidang ketika tewas 0-2 ke atas Liverpool pada perlawanan pusingan ketiga Piala FA di Emirates.

The Gunners mendominasi separuh masa pertama tetapi pertahanan tengah pasukan itu, Jakub Kiwior membuat kesilapan mudah dengan melepaskan jaringan sendiri pada minit ke-80.

Penyerang Liverpool, Luis Diaz menambah luka The Gunners pada minit terakhir dengan penyudah yang cukup kemas sekali gus mengesahkan kemenangan buat pasukan kendalian Jurgen Klopp.

Arsenal kini hanya mempunyai satu kemenangan sepanjang tujuh perlawanan dalam semua pertandingan dan Arteta tidak menafikan jika tahap mental pemainnya jatuh merosot selepas gagal menemui sentuhan penyudah yang baik.

Dia berkata: "Mungkin perkara ini telah menjadi isu psikologi. Lebih-lebih lagi selepas keputusan buruk hari ini, lebih berikan impak mental berbanding selepas perlawanan menentang Fulham dan West Ham sebelum ini.

"Itulah sebabnya saya fikir kita perlu menetapkan semula semua perancangan. Rehat yang diberikan ini bagus dan tepat pada masanya.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kelihatan gembira selepas prestasi terbaik pasukannya, tetapi menafikan sebarang cadangan yang dia mungkin melihat kemenangan itu sebagai penanda aras pasukannya bagi merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), atau malah meningkatkan keyakinan The Reds dalam usaha itu.

Advertisement

Must Watch Video