SERIE A
Kami perlu berkayuh ke arah sama, kata Nainggolan tentang kepulangan Icardi
GENOA 0 INTER MILAN 4
Radja Nainggolan berkata "kami perlu berkayuh ke arah sama bagi mencapai objektif yang sama" selepas Mauro Icardi kembali memperkuatkan Inter Milan dalam Serie A.
Icardi melakukan penampilan pertama sejak dilucutkan tugas kapten dengan menjaringkan gol yang membantu kemenangan 4-0 Inter ke atas Genoa -- yang beraksi dengan 10 pemain -- di Stadium Comunale Luigi Ferraris, awal pagi tadi.
Iklan
Bekas kapten itu -- yang tidak pernah beraksi sejak 9 Februari lalu kerana mendakwa dirinya cedera serta ketegangannya dengan pasukan berkenaan -- menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-40 sebelum mencetus jaringan Ivan Perisic dalam babak kedua.
Nainggolan memuji rakan sepasukannya itu, yang kembali memperkuatkan pasukan bagi membantu kemenangan mereka.
"Apabila kami berada di atas padang, kami sentiasa memberikan yang terbaik buat Inter," katanya kepada DAZN selepas Inter berkelebihan empat kata di depan pasukan di tangga keempat, AC Milan.
"Dia menunjukkan yang dia mahu membantu kami dan itulah yang paling penting.
"Selebihnya, biarlah statistik perlawanan yang bercakap tentangnya.
"Dia telah memberikan segala-galanya untuk Inter dan kami kini perlu berkayuh ke arah sama bagi mencapai objektif yang sama," katanya.
Icardi -- yang dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, Juventus dan Napoli -- telah menjaringkan 10 gol dalam LaLiga dan 16 secara keseluruhan musim ini.
Pengerusi Inter, Giuseppe Marotta, berkata kepada DAZN sebelum perlawanan bermula: "Icardi akan kembali menyertai pasukan utama selepas menunjukkan keinginan dan sikap profesional sewaktu sesi latihan.
"Sekarang masa untuk melupakan apa yang telah terjadi dan memandang ke depan untuk meraih kejayaan.
"Kami perlu bekerjasama saebagai satu pasukan dan menyasarkan kemenangan.
"Kami perlu mengetepikan segala tekanan kerana kami mahu menyampaikan mesej: tiada budaya memberikan alasan," katanya.
Must-Watch Video