Abu Bakar Fadzim sedikit kecewa dengan kegagalan PKNP FC mengutip mata penuh ketika menentang Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, semalam.
"Kami patut boleh menang perlawanan ini. Selepas mendahului dua kali, malang kami melepaskan peluang mengutip mata penuh gara-gara sedikit kesilapan," katanya mengenai pertemuan yang berkesudahan 2-2 itu.
Begitupun, Abu Bakar tetap berpuas hati dengan satu mata yang dikutip kerana pemain telah menunjukkan kesungguhan serta memberikan yang terbaik.
Jurulatih itu menganggap keputusan itu sebagai pencapaian baik dalam perlawanan pembukaan pusingan kedua itu.
"Ini perlawanan pertama pusingan kedua. Jadi, satu mata adalah cukup baik kerana dalam perlawanan pusingan pertama, kami memulakan kempen dengan tumpas kepada Kedah.
"Setiap pemain menunjukkan keazaman tinggi dan telah memberikan yang terbaik.
"Kejayaan ini adalah petanda bahawa pasukan ini berada di atas landasan betul untuk mengharungi baki cabaran, terutama dalam saingan suku akhir Piala FA, " katanya.
PKNP FC akan bertemu Perak dalam saingan suku akhir kedua trofi kalah mati itu di Stadium Perak, 11 Mei ini.
Kedua-dua pasukan seri 0-0 dalam suku akhir pertama di Seri Manjung pada 30 April lalu.
Dalam perlawanan semalam, PKNP FC membuka jaringan melalui Amani Aguinaldo pada minit ke-24 tetapi Kipre Tcheche memadam kelebihan itu pada minit ke-30.
Thomas Abbey kemudian meletakkan PKNP FC kembali di hadapan pada minit ke-34 untuk pasukannya mendahului 2-1.
Skrip babak kedua tidak berubah dengan kedua-dua pasukan berbalas serangan.
Terengganu, bagaimanapun, lebih bernasib baik apabila Sanjar Shaakhmedov menemui sasaran untuk menyelamatkan Skuad Penyu daripada berputih mata pada minit ke-67.