"Kami lebih baik berbanding Nepal," kata ketua jurulatih Timor Leste, Norio Tsukitate, menjelang perlawanan 'play-off' kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Malaysia, Jumaat ini.
Pengendali itu berada di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu berhempas-pulas sebelum menewaskan Nepal 2-0, Ahad lalu.
Sebelum ini, Cheng Hoe menganggap lawan di ranking ke-195 dunia itu mengamalkan corak serangan balas pantas, namun jurulatih kelahiran Jepun berkenaan lebih mengetahui apa yang perlu dilakukan pasukannya di atas padang.
"Nepal terlalu bekerja keras di depan gawang ketika Malaysia mempunyai aspek teknikal dan taktikal yang lebih tinggi, terutama ketika melakukan hantaran," katanya.
Tsukitate mengekalkan sebahagian besar pemain daripada skuad Piala Suzuki AFF 2018 dengan diketuai Filomeno Junior yang beraksi dalam Liga Thailand.
Ironinya, Timor Leste tidak pernah menewaskan Malaysia sepanjang empat pertemuan lalu sejak 2015.
"Liga Thailand memberikan cabaran yang lebih bagus kerana pemain di sana semuanya bertaraf profesional.
"Ia merupakan pengalaman yang amat baik buat saya," kata Junior.