Skip to main content

Bola Sepak

Kami hampir tidak mampu halang Haaland -- Andoni Iraola

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haaland.jpg
Erling Haaland sekali lagi mengingatkan tentang kuasa menjaringkan golnya yang luar biasa apabila dia meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 Manchester City ke atas Bournemouth. 

Pengendali The Cherries, Andoni Iraola, dan kapten David Brooks mengakui bahawa mereka hampir tidak dapat menghentikannya.

Haaland jarang sekali gagal dalam kekalahan 1-0 minggu lalu di Aston Villa namun bangkit dengan cara yang klinikal.

Penyerang City itu menghasilkan larian dari garisan tengah selepas berjaya menyempurnakan tandukan Rayan Cherki untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan dan sekali lagi bergabung dengan pemain tengah Perancis itu untuk mengembalikan kelebihan mereka selepas Tyler Adams menyamakan kedudukan.

Haaland telah menjaringkan 13 gol Liga Perdana dalam 10 perlawanan musim ini, dengan 17 gol dalam 13 perlawanan dalam semua pertandingan. Termasuk golnya untuk Norway sejak musim bermula, dia telah menjaringkan 26 gol.

Kapten Bournemouth, Brooks, memberitahu Sky Sports, "Kami cuba menekan tetapi Manchester City sangat selesa menguasai bola. Pada separuh masa pertama, kami mencipta banyak peluang untuk diri kami sendiri melalui tekanan. 

"Tetapi Haaland sentiasa menjadi ancaman. Hampir mustahil [menghadapi Haaland]. Dia cukup tinggi, setiap menghadirkan ancaman besar setiap kali bola dalam kawalannya. Dia mengambil peluangnya dengan baik."

Ketua jurulatih Iraola menambah, "Pada separuh masa pertama, mereka menghukum kami dengan kualiti dimiliki Haaland, Kami berjaya mendapatkan gol penyamaan namun setiap kesilapan dihukum dan City tidak akan melepaskan sebarang peluang."
Nike

Nike BIG Discount

Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Topik Berkaitan

Must Watch Video